Search

PELANTIKAN ‘CHIEF DATA ANALYST’ MRM
.
Ka...

  • Share this:

PELANTIKAN ‘CHIEF DATA ANALYST’ MRM
.
Kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) ingin mengumumkan pelantikan Puan Nurul Azlyna Binti Mohd Rasidi sebagai ‘CHIEF DATA ANALYST’ (KETUA ANALISA DATA) MRM secara sepenuh masa. Alhamdulilah.
.
Puan Nurul merupakan ‘Chief Data Analyst’ di INVOKE yang diasaskan oleh Rafizi Ramli, Team Lead di Maybank Berhad, EXIM Bank, Takaful Ikhlas & agensi kajiselidik, Kim Eng Research.
.
Dunia sedang bercakap tentang BIG DATA tetapi jarang kita dengar NGO Islam menggunakan BIG DATA untuk dakwah.
.
Beliau akan membina ANALISIS DATA yang bakal terdiri dari Data Scientist & Data Engineer serta bekerjasama rapat dengan ‘Media Warfare Advisor’ MRM, Dr Noor Nirwandy serta ‘Media Strategy Advisor’, Lutfi Ali bagi melaksanakan strategi dakwah menerusi media massa dengan lebih berkesan.
.
Islam paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam maka sebagai sebuah NGO Islam, kami di MRM senantiasa berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kualiti dakwah dan keberkesanan dakwah. Jikalau kita mahu mencapai yang terbaik, kita memerlukan bakat yang terbaik untuk merealisasikan visi & misi itu.
.
Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua dan teruskan sokongan anda serta doakan juga kami demi ummah untuk Islam kerana Allah.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mediawarfare #mediastrategy #mediawarfaremrm #mediadakwahmrm


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts